gototopgototop

Wednesday, Dec 19th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News LAWATAN & PERBINCANGAN KE PEJABAT ACRA

LAWATAN & PERBINCANGAN KE PEJABAT ACRA

news_150311_1_s news_150311_2_s

Delegasi PAPA yang diketuai oleh Setiausaha dan Penolong Setiausaha bersama-sama dengan 7 orang ahli telah mengadakan perbincangan dengan ACRA pada 15.03.2011 bertempat di pejabat ACRA, Phnom Penh.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang dan mengemukakan pandangan mengenai beberapa isu semasa khususnya kemasukan PRA Cambodia ke Malaysia. Antara isu dibangkitkan adalah :

  • isu kematian seorang PRA di training centre dan seorang lagi PRA yang cedera parah akibat terjatuh daripada bangunan;
  • publisiti meluas oleh media masa di Cambodia yang menyebarkan berita negatif mengenai PRA yang bekerja di Malaysia;
  • campurtangan oleh pihak NGO yang memburukkan lagi keadaan;
  • infrastuktur training centre yang tidak selesa menyebabkan penempatan sementara PRA kelihatan seperti ‘penjara’ dan telah memberikan ruang kepada NGO untuk memperbesarkan isu tersebut.

Hasil daripada perbincangan dan perjumpaan ini akan membolehkan pihak PAPA dan ACRA terus bekerjasama dari masa ke semasa untuk mencari jalan dan mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan bagi mengatasi isu yang dibangkitkan.

LAWATAN KE ‘TRAINNING CENTRE’ DAN PERKAMPUNGAN MELAYU

news_150311_3_s news_150311_4_s

Rombongan PAPA telah berpeluang mengunjungi salah sebuah training centre ahli ACRA pada hari yang sama. Dalam lawatan tersebut, ahli PAPA telah diberikan penerangan mengenai modul latihan yang diberikan kepada PRA sebelum datang bekerja di Malaysia. Kami juga telah dibawa untuk melawat dua buah kampung di provinsi Kandal yang jaraknya lebih kurang dua jam perjalanan dari Phnom Penh. Lawatan ini juga telah dimanfaatkan oleh ahli PAPA untuk berjumpa dengan imam kampung serta keluarga bakal PRA yang akan ke Malaysia.

Lawatan ke kawasan kampung ini amat berfaedah kepada ahli PAPA kerana dapat mendengar masalah dan permintaan kedua-dua ibubapa PRA Cambodia serta dapat melihat sendiri budaya kehidupan di sana.

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KEMBOJA

news_150311_5_s news_150311_6_s

Delegasi PAPA telah berpeluang untuk mengadakan kunjungan hormat kepada ke atas TYT Y. Bhg. Datuk Pengiran Hj Mohd Hussein Bin Datuk Pengiran Hj Mohd Tahir Nazruddin, Duta Malaysia di Cambodia pada hari terakhir lawatan. Pertemuan tersebut turut disertai oleh En. Raja Saifful Ridzuwan, Minister Counsellor dan En Zainuddin selaku wakil Atase Imigresen.

Pihak kedutaan telah menjelaskan keadaan semasa mengenai isu PRA Cambodia dan turut menyatakan bahawa statistik pihak kedutaan menunjukkan penurunan ketara jumlah kemasukan PRA ke Malaysia. Ini dibuktikan dengan jumlah PRA yang direkodkan oleh pihak kedutaan menunjukan jumlah PRA yang datang ke Malaysia pada bulan Februari 2010 adalah seramai 2400 orang berbanding dengan jumlah seramai 500 orang sahaja pada bulan Februari 2011.

Y. Bhg. Datuk Pengiran menyatakan perasaan gembira setelah meneliti laporan Letter Of Intent (LOI) yang disediakan oleh pihak PAPA. Pihak kedutaan juga telah mengarahkan wakil Atase Imigresen untuk berbincang dan melawat kesemua training centre bagi melihat sendiri masalah kesesakan PRA yang terlampau ramai di sesebuah training centre. Y. Bhg. Datuk Pengiran juga mengarahkan wakil Atase Imigresen untuk berbincang dengan pihak ACRA bagi mengatasi masalah tersebut.

Pihak kedutaan memberi jaminan bahawa tiada masalah kelewatan yang berlaku semasa proses pengeluaran Visa Dengan Rujukan (Calling Visa). Proses pengeluaran tersebut mengambil masa minimum selama 3 hari manakala maksimum selama 7 hari. Walaupun pihak kedutaan mempunyai hak untuk menolak permohonan visa, tetapi kelonggaran masih diberikan sekiranya permohonan yang dikemukakan menyertakan sokongan daripada 3 agensi kerajaan di Cambodia (Ministry Of Labour, Ministry Of Interior & Ministry Of Foreign Affairs)

Akhir sekali, pihak kedutaan telah menyarankan beberapa perkara seperti berikut :memohon PAPA dan ACRA bekerjasama untuk mengeluarkan kenyataan di akhbar Cambodia untuk memaklumkan mengenai usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi menangani isu-isu semasa.

  • cadangan supaya PAPA dan ACRA bekerjasama untuk menerbitkan booklet untuk dibekalkan kepada PRA yang akan masuk ke Malaysia. Kandungan booklet tersebut perlu mengandungi maklumat penting seperti nombor telefon pihak kedutaan, nombor agensi, nombor pihak berkuasa dan lain-lain. Ini akan memudahkan PRA menghubungi pihak-pihak berkenaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Disediakan oleh :
MAS TORAH NAIM
Setiausaha PAPA.