gototopgototop

Wednesday, Jul 17th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News 12,000 pembantu rumah dikesan lari

12,000 pembantu rumah dikesan lari

KUALA LUMPUR - Seramai 12,000 pembantu rumah warga asing dilaporkan lari daripada majikan pada tahun lepas berpunca daripada perbuatan sindiket.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, kerajaan telah mengesan sindiket berkenaan dan sedang mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

"Kerajaan juga akan mengesan pembantu rumah asing yang lari dan mereka akan diusir ke negara asal," katanya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Chee Heung berkata, masalah pembantu rumah asing yang lari bukan saja menyebabkan majikan dikenakan denda malah ia juga memberikan masalah kepada kerajaan.

Katanya, Jabatan Imigresen telah bermesyuarat dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing bagi menetapkan jumlah bayaran yuran pengambilan pembantu rumah yang munasabah tetapi Indonesia sebagai 'negara sumber' tidak bersetuju dengan kadar bayaran yang cadangkan.

"Buat masa ini saya dapati bayaran adalah antara RM3,000 dan RM5,000 termasuk levi yang akan dibayar kepada kerajaan.

"Kalau di antara RM2,000 dan RM2,500 saya rasa munasabah," katanya.

Sementara itu, Persatuan Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) menjelaskan bahawa tawaran gaji lumayan oleh sindiket yang didalangi rakyat tempatan dan warga asing yang telah mendapat taraf penduduk tetap (PR) merupakan antara faktor ramai pembantu rumah asing lari daripada majikan.

Malah Presidennya, Datuk Zulkepley Dahalan mendakwa, sindiket terbabit sejak kebelakangan ini memang rancak mencari dan memujuk pembantu rumah asing untuk dijual kepada majikan lain tanpa melalui agensi.

Petikan dari akhbar Kosmo