gototopgototop

Wednesday, Jul 17th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News PINDAH PRA KEPADA MAJIKAN BARU

PINDAH PRA KEPADA MAJIKAN BARU

Ruj.Kami: PAPA/JIM/99/8
SEGERA
Tarikh:     18 September  2008

FAX & POS

KEPADA,

Y.BHG. DATUK MAHMOOD BIN ADAM,
KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
ARAS 7, PODIUM BLOK 2G4,
PRESINT 2,
62550 PUTRAJAYA

CADANGAN MEMBENARKAN PEMBANTU RUMAH ASING YANG DITOLAK (REJECTED) OLEH MAJIKAN, TETAPI TIDAK MENDAPAT  PELEPASAN UNTUK DIPINDAHKAN KEPADA MAJIKAN BARU.

Sukacita saya merujuk mengenai  perkara di atas.

2.Sepertimana Y.Bhg Datuk sedia maklum, peraturan semasa Jabatan Imigresen Malaysia  tidak membenarkan pembantu rumah asing (PRA)  yang mana telah ditolak dengan pelbagai alasan oleh majikan dan tanpa mendapat pelepasan majikannya berada di Malaysia. Dengan demikian, PRA yang tidak mendapat pelepasan dari majikannya adalah dikehendaki dihantar balik ke negara asal secepat mungkin.

3.Peraturan sedemikian banyak mendatangkan masalah dan kerugian besar bukan sahaja kepada AP tempatan, tetapi juga merugikan agensi pembekal negara sumber.Disamping itu perturan sedemikian telah mendorong agensi pembekal negara sumber tidak berpuas hati dan kurang minat untuk membekalkan PRA ke negara Malaysia. Penghantaran balik PRA juga telah menimbulkan masalah serta tekanan emosi dan saikoloji kepada PRA kerana mereka dan keluarga telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan kerja bagi menampong  kehidupan keluarga mereka.

4.Bagi tujuan mengatasi masalah tersebut disamping membantu majikan mendapatkan PRA dalam masa yang singkat, PAPA ingin memohon supaya mana-mana PRA yang ditolak oleh majikannya, walaupun tidak memberikan pelepasan, kebenaran hendaklah diberi supaya PRA terlibat dibenarkan menukar majikan baru.Bagaimanapun, bagi tujuan mengelak dari disalahgunakan dan tujuan pemantauan, kebenaran yang dipohon hanyalah dihadkan kepada ahli-ahli PAPA sahaja.  

6.Saya percaya melalui pendekatan ini, AP berkeupayaan dapat mengatasi masalah kelewatan majikan mendapatkan PRA atau PRA gantian di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atau sebab-sebab di luar kawalan AP, kerana PRA telahpun berada dalam negara kita.Dalam masa yang sama, peluang adalah terbuka kepada PRA yang masih ingin bekerja dengan majikan barunya dan ini sudah pasti dapat membantu PRA dalam kerjaya tanpa adanya sekatan yang tidak munasabah.

7.Saya percaya melalui pendekatan yang dicadangkan, maka masyarakat serta kerajaan negara-negara sumber akan lebih menghormati negara kita dari segi layanan yang diberi oleh AP dan majikan kepada PRA yang benar-benar memerlukan pekerjaan.

8.Bersama-sama ini saya kemukakan kertas kerja Bil.PRA/11/2008 yang mana jelas ada menerangkan maksudnya tersendiri mengenai perkara tersebut untuk pertimbangan pihak Y.Bhg. Datuk.

Sekian, diatas kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk menimbangkan perkara ini dengan kadar segera sangatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


PAPA CEMERLANG, NEGARA TERBILANG



DATO’ RAJA ZULKEPLEY DAHALAN
PRESIDEN


s.k.


Y.M.DATO’ RAJA AZHAR BIN RAJA ABDUL MANAP,
TIMBALAN  KETUA SETIAUSAHA KANAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Y.BHG.DATO’ ISMAIL BIN HJ.ABD. RAHIM
KETUA PENGARAH,
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA,

KEDUTAAN BESAR REPUBLIK INDONESIA
KUALA  LUMPUR
( UP: YTH. BAPAK TEGUH HENDRO CAHYONO)