gototopgototop

Wednesday, Jul 17th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News PERBINCANGAN PAPA DENGAN KP JIM

PERBINCANGAN PAPA DENGAN KP JIM

Ruj.Kami: PAPA/JIM/99/8 SEGERA

Tarikh: 8hb Oktober 2008

FAX & POS


KEPADA,

Y.BHG. DATUK MAHMOOD BIN ADAM,
KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
ARAS 7, PODIUM BLOK 2G4,
PRESINT 2,
62550 PUTRAJAYA

 

PERBINCANGAN AJK PAPA DENGAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA MENGENAI ISU BERKAITAN PEMBANTU RUMAH ASING.

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya saya ingin merujuk kepada surat bertarikh 21 Ogos 2008 dalam siri yang sama mengenai permohonan kami untuk satu mesyuarat dengan pihak Y.Bhg. Datuk dengan AJK PAPA.Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan beberapa isu penting yang telah dibangkitkan semasa sessi dialog di antara pihak Y.Bhg.Datuk dan Agensi-agensi Pekerjaan Pembantu Rumah Asing pada 19 Ogos 2008 yang lalu, disamping membincangkan masalah semasa yang kini sedang dihadapi ahli-ahli PAPA.

3. Sukacitalah sekiranya Y.Bhg.Datuk dapat menetapkan satu tarikh dan masa mengikut kesesuaian Y.Bhg.Datuk dengan kadar segera

Sekian, di atas kerjasama pihak Y.Bhg.Datuk menimbangkan perkara ini dengan kadar segera mengenainya, sangatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


PAPA CEMERLANG, NEGARA TERBILANG


Yang benar,

 

(DATO’RAJA ZULKEPLEY DAHALAN)
PRESIDEN