gototopgototop

Wednesday, Jul 17th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News Kenyataan Akhbar Mengenai Kursus Induksi untuk pembantu rumah asing

Kenyataan Akhbar Mengenai Kursus Induksi untuk pembantu rumah asing

UNTUK SIARAN SERTAMERTA

5.5.2009

Kepada:Semua Ketua Pengarang

KURSUS INDUKSI PEKERJA ASING -CERTIFICATE OF ELEGIBILITY

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia telahpun mengeluarkan arahan bahawa mulai 1hb Mei 2009 semua pekerja asing yang memasuki negara ini dari 10 negara sumber, disyaratkan menjalani kursus induksi dan mempunyai “Certificate of Eligibility”.

Melalui arahan tersebut hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai C.E. dalam laman web Jabatan Pembangunan Kemahairan (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, sahaja yang boleh memohon visa dengan rujukan (VDR).Di samping itu pihak Imigresen (JIM) dan majikan yang menggaji pekerja asing akan mendapatkan pengesahan CE dari JPK dan pejabat-pejabat wilayahnya.

Penguatkuasaan C.E. adalah juga meliputi pekerja-pekerja pembantu rumah yang sebelum ini tidak merupakan satu keperluan atau kemestian untuk mendapatkan VDR. Ini berkmakna bahawa sebelum ini pembantu rumah asing (PRA) tidak perlu mempunyai C.E.

Memandangkan perlaksanaannya dijangka boleh mendatangkan banyak masalah kepada industri pembantu rumah, PAPA dengan ini memohon supaya peraturan yang dikenakan ini tidak dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Di antara lainnya, peraturan tesebut tidak wajar dikuatkuasakan kerana ianya bukan sahaja boleh meningkatkan kos pengambilan PRA yang terpaksa ditangguh oleh majikan dan agensi tempatan serta negara sumber tetapi juga boleh mendatangkan beban kewangan kepada PRA.

Majikan di Malaysia yang ignin menggaji PRA dari Indonesia, misalnya, terpaksa membayar RM120/- untuk membolehkan PRA yang dipileh menduduki kursus tersebut dan mendapatkan C.E. Kos ini adalah tidak termasuk kos-kos sampingan (incidental expenses) yang mungkin perlu ditangguh oleh agensi pembekal negara sumber dan agensi tempatan.

PAPA telah menerima banyak bantahan dari ahli, majikan dan agensi-agensi bekal negara sumber supaya perlaksanaannya tidak diteruskan sebab-sebab di atas di samping kursus berkaitan telahpun dijalankan oleh pihak pembekal di negara sumber

Adalah dijangka, sekiranya peraturan ini dilaksanakan secara tergesa-gesa, besar kemungkinan majikan yang ingin mendapatkan PRA tidak akan dapat bekalan dari pihak agensi dalam masa 1 hingga 3 bulan kerana PAPA difahamkan pihak yang terlibat dalam industri pembantu rumah seperti agensi pembekal dari negara sumber dan agensi tempatan belum bersedia untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

PAPA yakin bahawa melalui peraturan baru yang dikenakan terhadap PRA boleh menyumbang dan mengalakkan kemasukan PRA secara tidak sah.

Dalam hal ini, sebagai penyelesaian, PAPA telahpun mengadakan perundingan dengan pihak JIM dan JPK pada 30.4.2009 dan masih belum mendapat keputusan muktamad mengenainya. Sebagai tindakan susulan, PAPA telahpun menghantar surat kepada Y.B.Menteri Sumber Manusia dan Y.B.Menteri Dalam Negeri bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

Dengan ini, PAPA berharap supaya pihak Kerajaan menimbangkan perlaksanaan kursus induksi bagi tujuan mendapatkan C.E. dikecualikan untuk PRA kerana mereka merupakan pekerja yang tidak “formal” dan tidak begitu terdedah dengan masalah yang sering dihadapi oleh pekerja-pekerja di sektor “formal’.

Di samping itu difahamkan adalah sukar untuk PRA mendapatkan C.E. dari pihak berkenaan dari negara sumber seperti Vietnam, Cambodia, The Philippines dan Sri Lanka kerana pihak berkenaan belum lagi mempunyai pusat latihan yang khusus untuk melatih PRA bagi tujuan mendapatkan C.E. Malahan jika peratauran ini hendak dilaksanakan ia akan mengambil masa untuk membolehkah PRA mendapatkan C.E.

Dalam hal ini PAPA juga berpendapat adalah wajar pihak Kerajaan MENANGGUHKAN perlaksanaan C.E. untuk sektor-sektor selain dari pembantu rumah, memandangkan kepada pihak yang terlibat seperti “Malaysian Training Provider” di negara sumber tidak lagi aktif atau menjalankan aktiviti yang melibatkan kursus induksi. Dengan tindakan ini, kemasukan pekerja asing yang sangat diperlukan dari negara-negara sumber dapat dibawa masuk seperti sediakala, dan tidak menjejaskan mana-mana pihak yang memerlukan.

(Dato’Raja Zulkepley Dahalan)

Presiden