gototopgototop

Monday, Sep 20th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News Press Statement

Press Statement

UNTUK SIARAN SERTAMERTA

KENYATAAN MEDIA PAPA

11.5.2009

Kepada:Semua Ketua Pengarang

KURSUS INDUKSI SEMUA PEKERJA ASING -CERTIFICATE OF ELIGIBILITY

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia telahpun mengeluarkan arahan bahawa mulai 1hb Mei 2009, semua pekerja asing yang memasuki negara ini dari 10 negara sumber, disyaratkan menjalani kursus induksi dan mempunyai “Certificate of Eligibility”.

Melalui arahan tersebut hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai C.E. dalam laman web Jabatan Pembangunan Kemahairan (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, sahaja yang boleh memohon visa dengan rujukan (VDR).Di samping itu pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan majikan yang menggaji pekerja asing akan mendapatkan pengesahan CE dari JPK dan pejabat-pejabat wilayahnya.

Penguatkuasaan C.E. adalah juga meliputi pekerja-pekerja pembantu rumah yang sebelum ini tidak merupakan satu keperluan atau kemestian untuk mendapatkan VDR. Ini berkmakna bahawa sebelum ini pembantu rumah asing (PRA) tidak perlu mempunyai C.E.

Perlaksanaan peraturan baru tersebut, telah mendatangkan banyak masalah kepada industri pembantu rumah, PAPA dengan ini memohon supaya peraturan yang dikenakan, tidak dilaksanakan oleh agensi Kerajaan terlibat, khususnya Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kementerian Sumber Manausia) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri Malaysia). Peraturan tesebut tidak wajar dikuatkuasakan kerana ianya bukan sahaja boleh meningkatkan kos pengambilan PRA yang telahpun tinggi dan di luar kawalan agensi tempatan, tetapi terpaksa juga ditangguh oleh majikan dan agensi tempatan serta negara sumber, di samping boleh mendatangkan beban kewangan kepada PRA akhirnya.

Majikan di Malaysia yang ingin menggaji PRA dari Indonesia, misalnya, terpaksa membayar RM120/- untuk membolehkan PRA yang dipileh menduduki kursus tersebut dan mendapatkan C.E. Kos ini adalah tidak termasuk kos-kos sampingan (incidental expenses) seperti kos pengangkutan, penginapan dsb yang perlu ditangguh oleh agensi pembekal negara sumber dan agensi tempatan.

Sejak peraturan tersebut dikuatkuasakan pada 1 Mei 2009, PAPA telah menerima banyak bantahan serta rungutan dari ahli-ahli, majikan dan agensi-agensi pembekal negara sumber supaya perlaksanaannya tidak diteruskan sebab-sebab di atas, di samping kursus berkaitan telahpun dijalankan oleh pihak pembekal dan badan kerajaan di negara sumber

Peraturan yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, telah menyebabkan majikan yang ingin mendapatkan PRA tidak akan dapat bekalan dari pihak agensi dalam masa 2 hingga 3 bulan atau sehingga permasalahan ini dapat diselesaikan kerana PAPA difahamkan pihak yang terlibat dalam industri pembantu rumah seperti agensi pembekal dari negara sumber dan agensi tempatan belum bersedia untuk mematuhi serta melaksanakan peraturan yang ditetapkan.

PAPA difahamkan beberapa negara sumber terlibat, khususnya agensi pembekal tidak begitu mengetahui mengenai perlaksanaan C.E. Malahan, negara pembekal belum lagi mempunyai mekanisma lengkap untuk tujuan tersebut. Mulai 1hb Mei 2009 urusan permohonan kemasukan PRA tidak dapat dibuat di kaunter Imigresen seluruh Negara kecuali PRA dari Indonesia. PAPA difahamkan perlaksanaan C.E. untuk PRA dari Indonesia termasuk lain-lain sector pekerjaan seperti perladangan dan pembinaan akan dilaksanakan pada 1 Jun 2009

Dengan ini adalah dimaklumkan kepada semua bakal majikan dan majikan yang ingin mendapatkan penggantian PRA, supaya bersedia dan memahami kesukaran yang dihadapi untuk mendapatkan PRA berikutan arahan terbaru Kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya menyalahkan agensi pembantu rumah tempatan semata-mata.

Berikutan dengan ini, PAPA telahpun mengadakan beberapa perjumpaan dan perbincangan dengan pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Imigresen Malaysia. Walaubagaimanapun, sehingga ini belum ada satu keputusan muktamad mengenainya. Dalam perjumpaan dengan Menteri Sumber Manusia pada tengahari ini (1 Mei 2009) Y.B. Menteri telah mengambil maklum dan akan berusaha menyelesaiakan masalah yang dibangkitkan dalam masa terdekat. Dari perbincangan dengan Y.B.Menteri PAPA difahamkan bahawa arahan yang dikeluarkan tidak meliputi ‘sector informal’ pembantu rumah asing dan perkara ini akan beliau bincangkan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri.

PAPA khuatir sekiranya masalah yang dibangkitkan tidak diselesaikkan dalam masa terdekat ianya boleh mendatangkan kesan buruk seperti kerugian kepada agensi pekerjaan. Malahan PAPA juga telah mendapat rungutan dari ahli-ahli kemungkinan mereka menutup perniagaan dan keadaan sedemikian boleh mendatangkan pemberhentian kerja kepada pekerja-pekerja terlibat.

Dengan ini, PAPA merayu supaya Kerajaan menimbangkan perlaksanaan kursus induksi bagi tujuan mendapatkan C.E. dikecualikan untuk PRA kerana mereka merupakan pekerja yang tidak formal dan tidak begitu terdedah dengan masalah yang sering dihadapi oleh pekerja-pekerja di sektor formal.

Dalam hal ini, PRA telahpun dilatih oleh agensi pembekal yang mana modul latihan termasuklah PRA didedahkan dengan pengetahuan mengenai undang-undang kebudayaan dan amalan social di Malaysia. Mereka juga diajar berkomunikasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan ini adalah tidak wajar latihan sedemikian diulangi melalui pusat latihan yang ditubuhkan oleh negara sumber.

Tambahan pula, berdasarkan peraturan Jabatan Imigresen, tugas melatih cara berterusan adalah menjadi tanggungjawab majikan yang menggaji PRA.

Dalam hal ini, adalah menjadi amalan biasa di mana PRA yang baru sampai akan diberi latihan suaikenal (orientasi) mengenai unsur-unsur latihan yang dinyatakan di atas selama 1 hingga 2 hari sebelum mereka diserahkan kepada majikan.

Adalah menjadi kesukaran PRA mendapatkan C.E. dari pihak berkenaan di negara sumber seperti Vietnam, Cambodia, The Philippines dan Sri Lanka kerana pihak berkenaan belum lagi mempunyai pusat latihan yang khusus untuk melatih PRA bagi tujuan mendapatkan C.E. Malahan jika peraturan ini hendak dilaksanakan ia akan mengambil masa untuk membolehkan PRA mendapatkan C.E.

PAPA juga berpendapat adalah wajar pihak Kerajaan MENANGGUHKAN perlaksanaan C.E. untuk sektor-sektor selain dari pembantu rumah, memandangkan kepada pihak yang terlibat seperti “Malaysian Training Provider” di negara sumber tidak lagi aktif atau menjalankan aktiviti yang melibatkan kursus induksi. Dengan tindakan ini, kemasukan pekerja asing yang sangat diperlukan dari negara-negara sumber dapat dibawa masuk seperti sediakala, dan tidak menjejaskan mana-mana pihak yang memerlukan.

(Dato’Raja Zulkepley Dahalan)

Presiden