gototopgototop

Monday, Sep 20th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News Kursus Induksi - Rayuan Kepada Y.B.Menteri Sumber Manusia

Kursus Induksi - Rayuan Kepada Y.B.Menteri Sumber Manusia

SEGERA/TINDAKAN SERTAMERTA (MELALUI FAX)

 

Ruj.Kami: PAPA/KSM/99/10

Tarikh: 5hb Mei 2009

 

Y.B DATUK DR.S SUBRAMANIAM

MENTERI SUMBER MANUSIA

ARAS 9, BLOK D3, PARCEL D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62530 PUTRAJAYA

Y.B. DATUK,

KURSUS INDUKSI PEKERJA ASING (PEMBANTU RUMAH )

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berhubung dengannya, PAPA difahamkan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan kursus induksi (Eligilibity Certificate) kepada Pembantu Rumah Asing (PRA) dari semua negara sumber yang akan berkuatkuasa mulai 1hb Mei 2009. Peraturan tersebut sepatutnya telahpun berkuatkuasa pada 2hb Jun 2008 tetapi telah ditangguh atau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

3. Memandangkan perlaksanaannya dijangka boleh mendatangkan banyak masalah kepada industri pembantu rumah, PAPA dengan ini memohon supaya peraturan ini tidak dilaksanakan. Di antara lainnya, peraturan tersebut tidak wajar dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja boleh meningkatkan kos pengambilan PRA yang terpaksa ditanggung oleh majikan dan agensi tempatan dan negara sumber, tetapi juga boleh mendatangkan beban kepada PRA.

4. Untuk makluman Y.A.B.Dato’Seri, PAPA telah menerima banyak bantahan dari ahli-ahli kami, majikan di samping bantahan dari agensi-agensi pembekal negara sumber supaya perlaksanaannya tidak diteruskan.

5. Lain-lain justifikasi yang tidak mewajarkan peraturan ini dilaksanakan ada dinyatakan secara terperinci dalam surat kami kepada Y.B. Datuk melalui surat kami Ruj.PAPA/KSM/99/10 bertarikh 6 Jun 2008 sepertimana dilampirkan.

6. Memandangkan arahan yang dikeluarkan menimbulkan banyak masalah, dengan ini pihak kami mohon supaya satu perjumpaan khusus bagi membincangkan perkara ini diadakan pada petang ini jam 3.00 petang atau satu tarikh yang difikirkan sesuai dalam minggu ini. Untuk makluman, mulai 1hb Mei 2009 kaunter Jabatan Imigresen tidak lagi menerima permohonan untuk pembantu rumah asing (PRA) melainkan mereka mempunyai sijil “C.E.”Melalui peratauran yang dikeluarkan, pihak kami jangkakanpengeluaran C.E. hanya boleh dibuat seawal-awalnya satu hingga 2 bulan. Ini bermakna besar kemungkinan tidak ada kemasukan PRA ke Negara kita dalam 2 hingga 3 bulan.

Sekian, di atas pertimbangan dan kerjasama pihak Y.B. Datuk mengambil tindakan susulan mengenainya dengan kadar segera sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

(DATO’RAJA ZULKEPLEY DAHALAN)

PRESIDEN

Salinan:

Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI (BAHAGIAN KABINET)

Y.B. MENTERI DALAM NEGERI

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

KETUA SETIAUSAHA,

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

KETUA PENGARAH, JABATAN TENAGA KERJA

KETUA PENGARAH, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KETUA PENGARAH, JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

YTH. DUTA BESAR REPUBLIK INDONESIA

KEDUTAAN BESAR REPUBLIK INDONESIA, KUALA LUMPUR