gototopgototop

Friday, Jan 19th

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News

Latest

Bukan Islam perlu penuhi syarat ambil amah Muslim

Oleh Azman Mahmood
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) mencadangkan majikan bukan Islam yang ingin menggunakan pembantu rumah asing beragama Islam, memenuhi dulu syarat tertentu yang ditetapkan terlebih dulu sebelum membuat permohonan.

Antaranya termasuk menyediakan bilik penginapan khusus pembantu rumah berkenaan dan memudahkan untuk beribadat disusuli dengan pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa Imigresen bagi pengesahan syarat itu dipatuhi.

Presiden PAPA, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, syarat itu dan mewajibkan majikan menandatangani surat akuan membenarkan menunaikan ibadat wajib seperti sembahyang dan berpuasa sudah lama sedia maklum oleh majikan bukan Islam.

"Masalahnya, ada majikan terbabit tidak mematuhi peraturan menyebabkan ramai pembantu rumah yang beragama Islam melarikan diri apabila terpaksa melakukan kerja membabitkan perkara haram di sisi Islam seperti memasak daging babi, tidak dibenar sembahyang atau berpuasa.

"Dalam hal ini, Imigresen sepatutnya membuat pemeriksaan dan pemantauan berkala terhadap majikan bukan Islam yang menggaji pembantu rumah Islam supaya tidak dieksploitasi untuk melakukan kerja bertentangan dengan Syarak," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Minggu lalu, Berita Harian melaporkan kerajaan mengetatkan syarat permohonan bagi pembantu rumah asing supaya mereka tidak dieksploitasi oleh majikan termasuk cadangan hanya membenarkan pembantu rumah beragama Islam bekerja dengan majikan Islam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, berkata bagi majikan bukan beragama Islam yang mahu menggaji pembantu rumah beragama Islam, mereka wajib menandatangani perakuan pengambilan pekerja berkenaan.

Mengikut peraturan, surat perakuan itu juga perlu ditandatangani Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Raja Zulkepley mengakui ada majikan bukan Islam mengeksploitasikan pembantu rumah asing Islam dari Indonesia turut dijadikan pekerja di restoran tidak halal.

"Pihak Jabatan Tenaga Kerja Indonesia pernah membangkitkan kepada saya berkaitan majikan bukan Islam di Malaysia menyalahgunakan pembantu rumah Islam negara itu melakukan kerja bertentangan dengan Syarak. Mereka mahu kerajaan memberi perhatian serius," katanya.

Bagaimanapun, katanya Papa tidak mempunyai statistik jumlah pembantu rumah asing Islam yang dieksploitasi majikan bukan Islam untuk melakukan kerja bertentangan tuntutan agama atau yang dinafikan hak mereka.

Katanya, langkah terbaik mengatasi masalah itu ialah menetapkan supaya pembantu rumah asing yang beragama Islam hanya dibenarkan bekerja dengan majikan Islam manakala yang bukan Islam pula sebaliknya.

Beliau berkata, Papa juga pernah mengemukakan permohonan meminta kerajaan membenarkan pengambilan pembantu rumah warga asing dari China dan Myanmar dibawa masuk untuk dibekalkan kepada majikan bukan Islam di negara ini.

"Ketika ini negara sumber baru tenaga kerja pembantu rumah asing ialah India, Vietnam, Laos dan Nepal yang diluluskan kerajaan akhir tahun lalu.

"Jumaat lalu Papa sudah berbincang dengan pihak Kedutaan Nepal untuk membawa masuk pembanru rumah asing dari negara itu dan beberapa persetujuan awal sudah dicapai termasuk kos membiayai kemasukan juga dijangka lebih murah berbanding dari negara sumber lain," katanya.

12,000 pembantu rumah dikesan lari

KUALA LUMPUR - Seramai 12,000 pembantu rumah warga asing dilaporkan lari daripada majikan pada tahun lepas berpunca daripada perbuatan sindiket.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung berkata, kerajaan telah mengesan sindiket berkenaan dan sedang mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

"Kerajaan juga akan mengesan pembantu rumah asing yang lari dan mereka akan diusir ke negara asal," katanya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Chee Heung berkata, masalah pembantu rumah asing yang lari bukan saja menyebabkan majikan dikenakan denda malah ia juga memberikan masalah kepada kerajaan.

Katanya, Jabatan Imigresen telah bermesyuarat dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing bagi menetapkan jumlah bayaran yuran pengambilan pembantu rumah yang munasabah tetapi Indonesia sebagai 'negara sumber' tidak bersetuju dengan kadar bayaran yang cadangkan.

"Buat masa ini saya dapati bayaran adalah antara RM3,000 dan RM5,000 termasuk levi yang akan dibayar kepada kerajaan.

"Kalau di antara RM2,000 dan RM2,500 saya rasa munasabah," katanya.

Sementara itu, Persatuan Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) menjelaskan bahawa tawaran gaji lumayan oleh sindiket yang didalangi rakyat tempatan dan warga asing yang telah mendapat taraf penduduk tetap (PR) merupakan antara faktor ramai pembantu rumah asing lari daripada majikan.

Malah Presidennya, Datuk Zulkepley Dahalan mendakwa, sindiket terbabit sejak kebelakangan ini memang rancak mencari dan memujuk pembantu rumah asing untuk dijual kepada majikan lain tanpa melalui agensi.

Petikan dari akhbar Kosmo

Pengambilan Pembantu Rumah Vietnam

Tarikh: 3hb Julai 2008

Kepada:

Pengarah/Pengurus, Agensi Pekerjaan Ahli PAPA

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,
PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH VIETNAM

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Buruh, Kedutaan Vietnam di Kuala Lumpur telah mengeluarkan satu sinarai mengenai agensi-agensi pembantu rumah (PR) Vietnam yang diluluskan oleh Kementerian Buruh Vietnam untuk membekalkan PR ke Malaysia. Bersama ini dikembarkan senarai yang mengandungi 10 agensi untuk kegunaan pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan.

3. Pihak kedutaan juga telah mensyaratkan bahawa hanya ahli PAPA sahaja dibenarkan menguruskan kemasukkan PR Vietnam. Mana-mana ahli yang ingin menguruskan kemasukannya hendaklah memohon kepada Bahagian Buruh di alamat seperti berikut:

The Director of Labour Section,
Embassy pf The Socialist Republic of Vietnam,
Lot 2.22, 2nd Floor, Bangunan Angkasa Raya,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-21443930 Fax: 03-21431404

4. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-
(i) Surat permohonan dari agensi
(ii) Salinan Lesen Jabatan Tenaga Kerja
(iii) Salinan Pendaftaran Jabatan Imigresen Malaysia
(iv) Salinan Sijil Keahlian PAPA

5. Kami juga ingin memaklumkan bahawa pihak Bahagian Buruh di Kedutaan Vietnam menyemak permohonan dengan teliti dan kelulusan adalah ketat.

6. Kami juga ingin meminta pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan supaya menggunakan istilah “Domestic Workers” sebagai ganti “domestic helpers” dalam urusan dengan kedutaan tersebut.
Sekian dimaklumkan, terima kasih

PAPA CEMERLANG, NEGARA TERBILANG

Yang benar,

(Foo Yong Hooi)

Setiausaha
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
English Translation

RE: RECRUITMENT OF DOMESTIC WORKERS FROM VIETNAM

We are pleased to inform you that the Labour Section of Vietnam Embassy in Malaysia has furnished us alist of Vietnamese agencies approved by the Ministry of Labour of Vietnam to supply domestic workers ( helpers) to Malaysia.

2. The Embassy has also stipulated that only PAPA members are allowed to bring in Vietnamese Domestic workers. PAPA members who wish to deal in Vietnamese domestic workers may send in their application to the Labour Section at the following address:-

The Director of Labour Section,
Embassy pf The Socialist Republic of Vietnam,
Lot 2.22, 2nd Floor, Bangunan Angkasa Raya,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-21443930 Fax: 03-21431404

3. The folowing documents need to submitted for the application:-

(i) Application letter from the agency
(ii) Copy of JTK Licence
(iii) Copy of Registration from Jabatan Imigresen Malaysia
(iv) Copy of PAPA membership certificate.

4. Pleased be informed that the Labour Section of Vietnam Embassy will vet through your application thoroughly and the approval is stringent.

5. Kindly use the word “Domestic Workers” instead of “ Domestic Helpers” when you deal with the Labour Section of Vietnam Embassy.

Thank You.


Senarai Agensi Pembantu Rumah di Vietnam

Bil Nama Alamat No.Telefon No.Fax
1 AIC 75, Tu Lien, Au Co, Ba Dinh, Hanoi 84-47194488 84-47194499
2 INTERSERCO 258, Lang Road, Dong Da, Hanoi 84-48534161 84-48534163
3 SONA 34, Dai co viet, Hai Ba Trung, Hanoi 84-49763040 84-49741420
4 SOVILACO 293, Dien Bien Phu, District No.3, Ho Chi Minh 84-89307994 84-89307995
5 TTLC 160, Le Trong Tan, Khuong Mai, Thanh Xuan, Hanoi 84-45658935 84-45658983
6 UDIC 29, Huynh Thuc Khang, Hanoi 84-47731541 84-47731544
7 VIETRACIMEX 201, Minh Khai, Hai Ba Trung, Hanoi 84-48624266 84-48624265
8 VILEXIM 170, Giai phong, Thanh Xuan, Hanoi 84-9721118 84-8212995
9 VINACONEX MEC 34, Lang Ha, Dong Da, Hanoi 84-48345293 84-48345035
10 VTC CORP Km.103, Highway 5, Nguyen Binh Khiem,
Dong Hai, Hai An,Hai phong
84-313240699 84-313979479

PAPA cadang had usia amah 18 tahun

Picture_4

Langkah untuk tarik pekerja asing lebih muda, cergas

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) meminta kerajaan menurunkan had umur pekerja asing bagi sektor pembantu rumah daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata langkah itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat asing bekerja di sektor itu di sini, khususnya yang muda dan cergas.

Beliau berkata, dengan cara itu juga kerajaan akan dapat menyelaraskan had umur pekerja asing di sektor lain seperti peladangan, perkhidmatan dan pembinaan yang ketika ini dibenarkan pada umur 18 tahun hingga 45 tahun.

"PAPA sudah menghantar memorandum cadangan itu kepada Kementerian Sumber Manusia, Rabu lalu, termasuk meminta kerajaan memperluaskan negara sumber pembantu rumah asing.

"Kita berharap kerajaan menimbang secara positif cadangan ini dan berbincang dengan kerajaan negara sumber supaya penyelarasan had umur bagi pembantu rumah dapat dilakukan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Ketika ini kerajaan menetapkan had umur bagi pembantu rumah warga asing ialah 21 tahun dan tidak lebih 45 tahun.

Dianggarkan kira-kira 350,000 pembantu rumah warga asing berdaftar dengan Jabatan Imigresen sehingga kini.

Ditanya negara sumber baru untuk sektor pembantu rumah, Raja Zulkepley berkata, PAPA meminta kerajaan membenarkan tenaga kerja itu diambil dari China dan Myanmar.

Katanya, permohonan itu juga bagi menampung kesukaran mendapatkan pembantu rumah Indonesia sekarang dan semakin mahal sehingga melebihi RM4,000 seorang dikenakan ejen di negara itu tidak termasuk kos pengurusan di Malaysia.

Katanya, kemasukan pembantu rumah Indonesia sekarang juga merosot sehingga 60 peratus berbanding 7,000 orang sebulan awal tahun ini.

"Sebab itu, PAPA memohon dengan kerajaan supaya membenarkan pengambilan pembantu rumah asing dari China untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat daripada majikan tempatan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Vietnam sebagai negara sumber baru pembantu rumah asing bersedia membekalkan tenaga kerja berkenaan.

"Saya sudah berbincang dengan pihak berkuasa kedutaan Vietnam di sini minggu lalu dan kerajaan negara itu bersetuju membekalkan tenaga kerja pembantu rumah ke Malaysia.

"Sebagai permulaan 20 agensi pembantu rumah asing yang hanya menjadi ahli PAPA dibenar membawa masuk pembantu rumah dari negara itu," katanya.

Oleh Aman Maamor
Berita Harian, 5 Julai 2008

Page 8 of 10