gototopgototop

Saturday, Jun 23rd

Last update09:38:04 AM GMT

You are here News

Latest

Pasport canggih Malaysia ditiru?

TERDAPAT rakyat Indonesia berumur 18 tahun tetapi pasport dikeluarkan negara asal mereka mereka tertera usia 21 tahun berdasarkan maklumat tarikh lahir hanya kerana didorong untuk bekerja di negara ini.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Datuk Raja Zulkepley Dahalan memberitahu, isu ini sudah lama berlaku kerana faktor desakan selain pujukan sindiket tidak bertanggungjawab.

Mengikut peraturan imigresen negara ini, pembantu rumah asing yang ingin bekerja di Malaysia perlu berumur 21 tahun. Oleh kerana tiada cara lain, pertukaran identiti dari segi umur menjadi pilihan mereka.

“Sindiket-sindiket ini termasuk ejen warga tempatan sendiri sedia membantu bakal pekerja dengan menjanjikan habuan hanya sebanyak 200 hingga 300 ribu rupiah,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Namun katanya lagi, mereka menyalahi peraturan perjalanan dengan menggunakan visa bekerja telah tamat tempoh dan Visa Semasa Ketibaan (VOA) untuk pelancong tempoh pendek yang disalah guna.

“Ironi semua ini tidak menjadi masalah kerana mereka boleh membuat semula pasport baru untuk kembali ke negara ini walhal tahun lalu, kerajaan Indonesia telah mengetatkan syarat.

“Antaranya ialah nama asal tidak boleh ditukar tetapi masih ada sindiket yang licik menjalankan operasi mereka dengan mengubah identiti pasport,” kata Raja Zulkepley lagi.

Mengulas mengenai pasport Malaysia yang dipalsukan, Raja Zulkepley berkata, perkara itu mustahil kerana setakat ini dokumen perjalanan tersebut amat sukar untuk dipalsukan.

“Satu-satunya jalan ialah mereka mungkin menggunakan ‘jalan tikus’ untuk keluar masuk negara ini serta ke negara lain tanpa melalui pemeriksaan imigresen.

“Namun mungkin identiti mereka ini telah diubah seperti apa yang berlaku pada kes-kes gadis negara ini yang dilarikan ke Lombok, Indonesia,” katanya

Pre-entry courses for foreign workers

KUALA LUMPUR: All foreign workers must undergo a compulsory training course in their home countries before they can enter Malaysia, Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam said.

The course would focus on the culture, language and the laws of Malaysia.

He said the training would be carried out by appointed agencies in the source countries and would be monitored by the ministry via an online system.

Those wishing to undergo the training would need to pay RM120 in all, which includes a fee of US$10 (RM33) paid to the Malaysian Government.

The new requirement, which came into effect on June 1, would not apply to domestic help except for those coming from Indonesia.

This is because the Indonesian Government requested that domestic help coming from the country be made to undergo some sort of training.

On another issue, Dr Subramaniam said in order to upgrade the services of the Social Security Organisation (Socso), the ministry had ordered Socso to issue an acknowledgment letter for those filing their claims.

He said this was done following complaints from those filing claims that they did not receive any response from Socso or were told their files could not be found.

PAPA tidak setuju GLC monopoli insurans amah

KUALA LUMPUR: Perlindungan insurans yang dicadangkan oleh kerajaan bagi setiap pembantu rumah warga asing adalah terlalu mahal, kata Persatuan Agensi Pembantupembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).

Presidennya Datuk Raja Zulkepley Dahalan dalam satu kenyataan hari ini berkata bayaran premium bagi skim sama yang diperkenalkan oleh Papa membabitkan kos tahunan RM48, dan RM75 bagi tempoh dua tahun, sedangkan skim yang dicadangkan oleh kerajaan membabitkan kos RM75 setahun.

Beliau berkata skim Papa itu ditaja jamin oleh satu konsortium yang terdiri daripada Takaful Amanah HSBC Berhad, Takaful Ikhlas Bhd, Allianz General Insurance Company (M) Bhd dan Jerneh Insurance Bhd.

"Perlindungan itu termasuk RM50,000 bagi kecacatan kekal, dan RM7,500 bagi perbelanjaan hospital serta pembedahan," katanya semasa mengulas pengumuman kerajaan semalam, mengenai pelancaran skim insurans yang akan diwajibkan bagi 380,000 pembantu rumah asing yang bekerja di Malaysia, hujung bulan ini.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad semasa membuat pengumuman itu berkata para majikan perlu membeli insuran itu, yang bernilai kirakira RM75 bagi setiap pembantu rumah, dan antaranya ia akan meliputi perlindungan bagi kes-kes kemalangan serta kematian.

Beliau tidak memberikan butiran lebih terperinci berhubung skim itu, sekadar berkata ia akan dibekalkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Raja Zulkepley hari ini berkata skim yang dicadangkan kerajaan itu akan membebankan orang ramai kerana perbezaan dalam nilai premium itu akan bermakna para majikan terpaksa membuat pembayaran tambahan yang berjumlah kirakira RM9.9 juta kepada GLC setiap tahun.

Beliau berkata Papa tidak bersetuju dengan keputusan melantik GLC bagi menguruskan skim itu.

"Ini kerana sebarang bentuk monopoli insurans pembantu rumah asing di Malaysia akan membabitkan beban kewangan yang besar kepada para majikan dalam tempoh jangka masa panjang," menurutnya.

Raja Zulkepley berkata Papa akan menyokong sebarang skim insurans yang boleh menyediakan perlindungan yang lebih baik, dengan premium yang lebih rendah berbanding yang akan diperkenalkan itu.

"Bagaimanapun kita belum temui sebarang syarikat insurans di Malaysia yang dapat menawarkan faedah sedemikian," tambahnya. BERNAMA

Rujukan : mstar.com.my

 

Quota For Panel Clinics

Following the discussions with the Ministry of Health officials, PAPA understands the necessity for the quota system on panel clinics. However, employment agencies which require additional quota for a particular selected clinic can apply direct to the Health Ministry and FOMEMA with copy to PAPA . The appeal should contain, among other things, specific information such as estimated number of domestic workers to be examined in a year, names of clinics selected and  reasons for selecting them.

The address for the Ministry of  Health is as follows:

Pengarah,
Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Blok E 10, Parcel E,
62590 Putrajaya.

PAPA will follow up once a copy of the application is received.

Page 10 of 10